Sempena kedatangan tahun 1435 hirah yang baru berlalu beberapa hari yang lepas, aku ingin berkongsi apa yang aku fahami mengenai HIJRAH. Dari segi bahasa, hijrah di definisikan sebagai berpindah, dari segi istilah syarak pula, hijrah bermaksud perpindahan Nabi Muhammad S.A.W beserta sahabat dari kota mekah ke kota madinah pada tahun 622 masihi.
Pada aku, hijrah bukan lah bermakna kita harus melakukan perubahan yang besar dalam hidup. Cukuplah sekadar kita bermula dengan perubahan yang kecil. Pepatah melayu ada mengatakan "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Begitu lah juga apa yang kita boleh aplikasikan untuk kita melakukan sesuatu penghijrahan. Bermula dengan sesuatu yang kecil, kemudian mencuba untuk melakukan satu perubahan yang besar.
Perubahan atau hijrah itu menuntut untuk kita menjadi seorang yang berdisiplin. Tanpa disiplin, amatlah tipis peluang seseorang itu untuk melakukan perubahan. Contoh yang paling mudah untuk kita lihat ialah dari segi solat. Tiang agama dalam diri seseorang. Untuk kita menjadi seorang yang peka supaya dapat menunaikan solat seawal mugkin setelah masuk waktu pada aku bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan disiplin dan kesungguhan. Tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil. "alah bisa tegal biasa" kata nenek moyang kita dahulu.
Sebagai contoh hijrah kecil yang mudah untuk kita lakukan seperti, jika sebelum ini berat untuk mulut kita memberi salam kepada rakan-rakan, apa salahnya kita ringankan hati, ringankan lidah untuk kita memberi salam. Itu cukup mudah bagi diri aku.
Bagi diri aku, apa yang diperlukan untuk sesebuah hijrah itu ialah NIAT, KEYAKINAN dan AMALAN YANG BERULANG disertakan dengan DOA kepada Allah S.W.T.
Dan sila pastikan penghijrahan itu bukanlah dari satu perkara yang baik kepada yang tidak baik.
Gunakan setiap PELUANG dan RUANG yang ada untuk kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. INSHA'ALLAH
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
' dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepadanya. Sesungguhnya Tuhanku maha penyayang lagi maha pengasih'
(surah hud, ayat 90)


